Posts

Showing posts from December, 2022

THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

Image
       Dalam mecapai kejayaan, kita mesti mempunyai titik pencapaian yang sering menjadi cita-cita. Seikutan itu, kita perlu mempunyai orang yang diminati atau lebih mesra dipanggil “idola”. Allahyarham Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid cukup terkenal pada zaman kegemilangannya kerana jasa beliau yang amat diingati dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia terutama kepada bangsa Melayu.      Pada era sebelum 60an, masyarakat Melayu terpaksa berkorban harta untuk pergi ke tanah suci. Ada juga yang sanggup mengggadai binatang ternakan dan tanah untuk mungumpul duit untuk mengerjakan rukun islam ke 5 iaitu ibadah haji. Oleh itu, beliau telah mengkaji dan melihat sendiri kedaifan yang dihadapi rakyat Melayu. Maka Beliau telah mengeluarkan idea untuk menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji(LUTH) Ketika merangka kertas kerja bertajuk “Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tanggal 30 September 1959.      Selain itu, seperti ya