THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

 

    Dalam mecapai kejayaan, kita mesti mempunyai titik pencapaian yang sering menjadi cita-cita. Seikutan itu, kita perlu mempunyai orang yang diminati atau lebih mesra dipanggil “idola”. Allahyarham Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid cukup terkenal pada zaman kegemilangannya kerana jasa beliau yang amat diingati dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia terutama kepada bangsa Melayu.



    Pada era sebelum 60an, masyarakat Melayu terpaksa berkorban harta untuk pergi ke tanah suci. Ada juga yang sanggup mengggadai binatang ternakan dan tanah untuk mungumpul duit untuk mengerjakan rukun islam ke 5 iaitu ibadah haji. Oleh itu, beliau telah mengkaji dan melihat sendiri kedaifan yang dihadapi rakyat Melayu. Maka Beliau telah mengeluarkan idea untuk menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji(LUTH) Ketika merangka kertas kerja bertajuk “Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tanggal 30 September 1959.

    Selain itu, seperti yang terkandung di buku sejarah tingkatan 5, setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan Ungku Aziz telah dilantik sebagai salah seorang ahli panel yang merangka DEB. Pandangan beliau mendapati jurang perbezaan di bandar dan luar bandar tersangatlah luas. Bumiputera yang kebanyakannya tinggal di luar bandar masih belum mendapat kemudahan infrastruktur yang mencukupi.



    Seterusnya, sumbangan terbesarnya di Universiti Malaya adalah menubuhkan PASUM pada tahun 1977. Idea ini dieperolehi oleh beliau ketika mengadakan lawatan di luar negara, seperti Centre of Foundation Studies di United Kingdom. PASUM merupakan program pusat matrikulasi selama dua tahun yang menumpukan kepada aliran sains. Penubuhan PASUM ini juga adalah sebagai usaha beliau dalam memberi galakan kemasukan para pengajar Bumiputera ke dalam universiti khususnya dalam aliran sains. Tidak hairanlah beliau menjadi Naib Canselor paling lama di Universiti Malaya iaitu selama 20 tahun.

    Masyarakat muda zaman Milenia kini lebih cenderung untuk bekerja dan membuat bisnes sendiri sebagai jalan mudah untuk kaya dan tidak berminat menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi. Sedarlah bahawa jika ramai bertuankan mentaliti begini, siapakah yang bakal mewarisi ketokohan Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Terlalu banyak jasa yang telah beliau berikan buat negara. Semoga segala sumbangan yang beliau lakukan ini menjadi bekalan saham di akhirat. Beliau amat bermakna buat seluruh rakyat dan insan seperti beliau sukar untuk dicari ganti. Moga nama dan jasa beliau diingati sampai bila-bila.

 

Disediakan oleh,

AHMAD FIRAS BIN MOHAMMAD ZAHARIN


Rujukan:

1)     1) https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/02/6-sumbangan-besar-prof-diraja-ungku-aziz-perlu-diingati/

2)     2) https://mimbarkata.blogspot.com/2015/10/prof-diraja-ungku-aziz-ungku-abdul.html

3)    3)  https://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Abdul_Aziz

 

Comments

Popular posts from this blog

BERBUKA WITH FRIENDS

Worst Event