The Person I Idol The Most

 


Beliau adalah pemimpin negara yang paling berpengaruh di dunia, perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga turun dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Sejarah membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang bijaksana dan innovatif. Beliau juga telah mentadbir negara selama 24 tahun iaitu pada Julai 1981 sehingga Oktober 2003 dan kembali memerintah pada May 2018 sehingga Mac 2020.

Selain menjawat jawatan sebagai perdana menteri Malaysia, beliau juga pernah memikul tanggungjawab sebagai menteri pendidikan (1974-1978), timbalan perdana menteri (1976-1981), menteri perdagangan (1978-1981), menteri pertahanan (1981-1986) dan juga menteri kewangan (1998-1999) dan (2000-2003). Selain itu, beliau juga telah menjayakan berberapa projek mega negara semasa zaman pentadbirannya yang telah banyak berjasa kepada rakyat seperti, pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, pusat pentadbiran di Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.


Tun Dr. Mahathir adalah antara contoh pemimpin terbaik yang wajar kita sanjung. Beliau sentiasa tekun untuk membangunkan ekonomi negara setara dengan negara-negara asia tenggara lain. Berikut adalah usaha tambahan beliau dalam meningkatkan pembangunan teknologi kenderaan di Malaysia :
1) Melancarkan model pertama Proton Saga keluaran automotive Malaysia pada 1985.
2) Pelancaran Perodua pada 1994.
3) Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional, Modenas

Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir telah pun terbukti banyak berjasa terhadap rakyat dan pembangunan negara. Pelbagai inisiatif yang beliau ambil bagi memastikan pencapaian negara dari segala aspek adalah setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Aspek kepimpinan beliau yang amat tekun dan ikhlas ini menjadikan beliau bukan sahaja idola kepada kome, namun juga kepada jutaan rakyat Malaysia. 






Comments

Popular posts from this blog

BERBUKA WITH FRIENDS

Worst Event