THE PERSON THAT I IDOL THE MOST


              "KEJAYAAN DEMI KEBAHAGIAAN"


      "Kejayaan Demi Kebahagiaan" merupakan salah satu ungkapan yang menjadi kunci utama kejayaannya dari masa ke semasa. Dengan jumlah pengguna yang mengikuti akaun Tiktok dan Instagram beliau yang mempunyai sebanyak 1.4 juta pengikut. Disertakan dengan keputusan cemerlang dengan memperolehi Anugerah Dekan dalam peperiksaan yang didudukinya sewaktu menyambung pengajiannya dalam bidang Diploma Perakaunan daripada Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Nama diberi Abdul Hafiz Harisuddin Bin Mahamad berumur 30 Tahun telah meraih perhatian pengguna media massa melalui Instagram beliau dengan meraih kejayaan satu persatu.

           Nama Hafiz Mahamd tidak lagi asing kerana sering diperkatakan oleh orang ramai kerana  terkenal dengan tulang belakang beliau iaitu Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, isteri kepada Hafiz Mahamad dan juga pengasas kepada jenama AINAA Beauty. Beliau berkahwin dengan Syafiqah Aina , pada 24 November 2017 selepas lima tahun menjalin hubungan. Majlis bersejarah ini menjadi tumpuan ramai dan dikatakan sebagai 'Wedding Of The Year'.



 

    Sesuai dengan tajuk saya "The Person That I Idol The Most" .Saya memilih Hafiz Mahamad kerana beliau merupakan salah satu individu yang boleh dicontohi kerana dia bermula dari bawah sampai sekarang sesuai dengan kata-kata "from ZERO to HERO". Beliau mampu buktikan dengan kejayaan yang beliau perolehi mampu membahagiakan keluarga, kawan-kawan dan orang lain. Walaupun selepas beberapa kali gagal beliau tetap berusaha sedaya untuk meraih kejayaan seperti yang diimpikannya. Walaupun berada di tahap sekarang beliau tetap mengatakan bahawa kejayaan yang beliau perolehi hanyalah menumpang rezeki isteri. Hal in kerana, Hafiz Mahamad tidak akan sampai ke tahap ini tanpa seorang isteri yang sering memberikan semangat dan dorongan kepada beliau.

     Selain daripada itu, Hafiz Mahamad menjadi inspirasi kepada saya kerana walaupun beliau telah memperoleh kejayaan tetapi beliau tetap tidak lupa akan sahabat baik beliau ketika kecil dahulu iaitu Loh. Ketika Hafiz mendengar Loh  menghidap sakit tenat disebabkan strok, beliau lah orang yang menjaga sahabatnya, membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Walaupun Loh hanya bergelar  sebagai rakan Hafiz Mahamad menjaga dirinya dengan baik. Hafiz lah yang mengangkat Loh disaat Loh tidak mampu untuk berjalan, menukarkan lampin pakai buang dan menyuap Loh untuk makan. Walaupun Hafiz tidak dapat sentiasa berada di sisi Loh namun beliau memastikan Loh mendapat rawatan yang sewajarnya. Hingga di akhir hayat Loh, Hafiz Mahamad segera pulang ke halaman untuk berjumpa Loh dan menguruskan jenazah Loh. Hafiz amat menghargai sesiapa yang berada di sisinya. Walaupun sudah menjadi orang ternama, beliau tetap tidak lupa asal usul dirinya.

     

    

   

 

 Kejayaan demi kejayaan diperoleh oleh lelaki hebat ini. Namun, beliau tidak pernah lupa siapa yang membantu dirinya untuk mencapai kejayaan tersebut. Baginya di dalam rezekinya terdapat jugak rezeki orang lain. Menghulur bantuan tidak pernah asing dalam dirinya. Baginya Empayar Ainaa Beauty yang dibangunkan adalah disebabkan kerja keras pekerjanya. Beliau amat menghargai pekerjanya dengan menjaga kebajikan pekerjanya dengan baik. Sesiapa yang menhadapi kesusahan pasti akan dibantu olehnya. Oleh yang demikian, sikap yang ditunjukkan oleh Hafiz Mahamad banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana cara untuk menggunakan kelebihan yang kita ada untuk membantu orang lain.

by:MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN HERMAN (DME43 CHARLIE)

 

Comments

Popular posts from this blog

BERBUKA WITH FRIENDS

Worst Event