BEST EVENT I HAVE EXPERIENCED






 Pada 15 Januari 2023, Kelab Ping Pong daripada Akademi Laut Malaysia telah mengadakan satu pertandingan kecil-kecilan. Pertandingan ini telah mendapat sambutan daripada batch kami sendiri iaitu DME43 dan DNS29. Tetapi bagi pertandingan ini kami hanya terbuka kepada 24 orang peserta terawal yang mendaftar. Bagi pertandingan ini juga,ianya di uruskan oleh beberapa ahli kelab pingpong iaitu KhairulAnam,Naqib,Arham,Azhar,Azam dan juga saya Khairul Nizam. Pertandingan berlangsung pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang. Dan kami juga telah membahagikan 24 orang peserta kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta untuk bersaing anatara satu sama lain. Dengan adanya bantuan daripada jurulatih kami iaitu Sir Fikri, kami dapat menyediakan peralatan seperti meja pingpong,bola dan bat kepada para peserta.




Pertandingan ini berjalan dengan sangat lancar kerama wujudnya kerjasama antara AJK kelab pingpong tanpa berlakunya curi tulang. Kami telah membahagikan tugas kepada ahli kelab ping pong untuk menjadi juri kepada setiap pertandingan untuk mengira mata perlawanan.
Kami tidak menetapkan mana-mana AJK untuk menjadi juri tetapi kami bergilir-gilir untuk mengira mata lawan supaya berlakunya adil dalam menjalankan tugas.Salah seorang daripada kami juga diberikan tanggungjawab untuk mengira mata peserta untuk menentukan siapa yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.

                  

Salah satu cara yang telah disuarakan bagi mendapatkan lebih banyak sambutan daripada pelajar Akademi Laut Malaysia bagi menyertai pertandingan ini ialah dengan menyediakan hadiah bagi setiap pemenang bermula dengan sesiapa yang berjaya ke Top 16 sehingga juara pertandingan. Bagi saya pertandingan banyak memberikan pengalaman kepada saya tentang bertapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu perkara. Kami juga banyak memberikan pendapat masing-masing bagi menyempurnakan lagi pertandingan ini walaupun masih ada cacat celah yang ada tapi kami berpuas hati dengan usaha kami.Sekian itu sahaja sedikit sebanyak cerita tentang pengalaman saya terlibat dalam aktiviti berkumpualn.

by:MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM DME43C 



Comments

Popular posts from this blog

THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

Worst event that I ever experienced

Best event that i have experienced