Best event that i ever experienced
Pada 17 April 2019, saya dan pasukan kriket Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan pertandingan kriket peringkat sekolah. Pertandingan ini telah mendapat sambutan dari beberapa sekolah yang terdapat di Negeri Perak. Antara sekolah yang terlibat dalamm pertandingan ini ialah seperti SMK Clifford, STAR Ipoh, SMK Kerian dan lain lagi.
Pasukan Kriket Malay College Kuala Kangsar yang diketuai oleh saya telah meraih kemenangan setelah berjaya menumpaskan pasukan kriket dari STAR Ipoh di peringkat akhir. Seramai 15 orang pemain telah mewakili MCKK dan telah layak untuk mewakili Kuala Kangsar untuk ke peringkat daerah.
Dari acara ini saya dapat belajar perkara yang sangat berguna dalam diri saya. Perkara tersebut ialah saya telah belajar menjadi pemimpin pasukan yang betul. Saya juga sangat gembira kerana telah berjaya membawa pasukan saya mengharum nama kami. Segala penat lelah kami sebelum ini telah memberi hasil yang kami impikan.
Pertandingan ini diadakan selama 3 hari. Semua pihak berasa berpuas hati dengan keputusan yang diterima oleh mereka. Saya harap pada hari yang mendatang, saya dapat mengadakan acara yang lebih baik dari sebelum ini
Comments
Post a Comment