MENJUAL......

 


Assalamualaikum dan selamat tengah hari . Harini saya ingin menceritakan tentang satu pengalaman buruk yang saya hadapi. Perkara ini bermula dengan idea saya kepada kelas saya untuk menjual air di bulan ramadhan untuk mendapatkan semula dana kami daripada projek yang tidak jadi. Jadi semua rakan saya bersetuju dan saya pun membuat keputusan untuk membeli barang barang untuk menjual air. Saya dan rakan saya telah membeli barang barangan tersebut di NSK Seremban. Selepas membeli barang barangan tersebut saya dah aish terus bergerak untuk pulak ke ALAM. Setibanya kami di ALAM, saya telah memohon bantuan dua orang rakan saya untuk menolong saya untuk membawa barang barangan tersebut.


Ketika saya sedang meletakkan kenderaan saya di parkir kereta, dua orang kawan saya tadi menelefon saya dah memaklumkan bahawa barang saya dirampas oleh warden. Saya dan aish sangat terkejut kerana kami tidak membawa seabrang barang yang tidak dibenarkan oleh pihak ALAM. Oleh itu, saya dah aish mengambil keputusan untuk berjumpa dengan warden dan meminta semula barang yang telah dirampas. Tetapi pihak warden tidak membenarkan kami untuk mengambil kembali barang tersebut dan menyuruh kami untuk berjumpa denga pihak hal ehwal pelajar. Kemudian pada keeseokan harinya saya, aish dan dua orang rakan saya pergi untuk berjumpa denga pihak hal ehwal pelajar untuk meminta kembali barang yang dirampas. Tetapi perjumpaan tersebut tidak berjalan dengan baik , saya telah dimarah kerana saya tidak boleh menjual di dalam asarama. Saya telah menceritakan tujuan saya berbuat demikian kepada mereka tetapi mereka tetap juga menyalahkan saya. Oleh itu saya telah meminta untuk barang tersebut dipulangkan dan saya akan meletakkannya di luar kawasan ALAM ,tetapi perkara itu di tolak mentah mentah. Saya merasakan ini ialah sebuah pengalaman buruk kerana pendapat saya tidak diterima dan perkara yang tidak menyalahi peraturan tetap menjadi salah. SEKIAN CERITA SAYA 






Comments

Popular posts from this blog

THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

Worst event that I ever experienced

Best event that i have experienced