Best Event I have joined

 

 
Peristiwa  yang paling  seronok . Setiap orang  pasti pernah mengalami peristiwa paling menyeronokkan. Begitu  juga saya,  telah mengalami peristiwa  yang menyeronokkaan. Peristiwanya ialah, hari sukan  sekolah. 

Saya telah dilantik sebagai pengurusi rumah sukan merah  atau lebih dikenali sebagai rumah sukan Khalid Al-Walid . Saya dilantik atas kegiatan saya  dalam sukan adalah aktif. pasukan Khalid pada 2019 telah mendapat  kedudukan  yang ke-4. Saya telah diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan Khalid, oleh itu saya dan  rakan-rakan seperjuangan saya mengkaji kelemahan dan kebolehan pasukan saya . Setiap petang saya dan rakan-rakan  mengadakan latihan bagi memperkuatkan pasukan kami. 







             Pada  hari sukan, saya  telah melibatkan diri dalam banyak acara seperti perbarisan, lari 400m , lari 200m, lari 4x400m dan beberapa acara lagi. Saya telah memperoleh tiga pingat emas dan naib johan bagi perbarisan. Perkara ini sangat membantu dalam mengumpul mata untuk bersaing dengan rumah sukan yang lain. Pada mulanya mata rumah Khalid dan Ubaidah (kuning) agak  sengit. Di akhir acara hari sukan tersebut ialah, acara  tarik tali. Pasukan lain semua  memandang rendah terhadap  kami, tetapi kami membuktikan bahawa kami mampu menjulang piala no1. Sesuai dengan usaha kami yang telah berhempas pulas untuk menjulang piala, kami telah  memenangi acara tarik tali. Ini telah memberikan mata yang banyak dan mata  kami telah meninggalkan mata pasukan lain. Kami telah menjuarai hari sukan tersebut. Khalid Juara.


Saya sangat gembira dan bangga atas pencapaian kami sepasukan. Saya dan rakan-rakan telah  membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dicapai.




Khalid Juara

Comments

Popular posts from this blog

BERBUKA WITH FRIENDS

Worst Event