Worst Event

 

      Pengalaman pahit. Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit tersendiri. Pengalaman pahit saya berlaku pada hujung tahun 2021 di Gunung Ledang .


   Selepas habis sekolah menengah, saya dan rakan-rakan telah merancang untuk ke kawasan air terjun Gunung Ledang. Kami telah bertolak dari Muar ke sana selepas kami semua sarap bersama di warung Jalan Joned. Kami telah sampai di Gunung Ledang kira-kira pukul 8.30 pagi.





Kami mendaki untuk ke kawasan yang sesuai untuk mandi. Setelah berjaya sampai ke kawasan mandi paling tinggi iaitu tanjung puteri, kami langsung menyalin pakaian untuk mandi-manda. Pada mulanya   kami seronok bermain air. Lama-kelamaan kami menjadi bosan dan kami mencari jalan untuk menjadikan aktiviti kami lebih menyeronokkan. Saya telah mencadangkan untuk mendaki lebih tinggi walaupun tempat itu adalah kawasan larangan. 




Saya dan rakan-rakan bersetuju untuk mendaki lebih tinggi. Permandangan diatas  sangat  cantik. Kami menikmati keindahan alam. Sedang kami asyik bermain air diatas, tiba-tiba  saya tergelincir dan terjatuh menggelongsor ke bawah. Saya panik ketika itu kerana kawasan depan itu adalah kawasan yang curam. Dalam keadaan yang panik itu, saya ternampak celahan batu lalu saya selitkan kaki saya kedalam celahan batu itu dan saya pon berhenti menggelongsor. Kedudukan saya betul- betul hujung dan hampir terjatuh ke kawsan yang curam itu. 

Dalam keadaan itu, belum sempat saya  menarik nafas lega, seorang kawan saya telah ikut sama saya menggelongsor dan berlanggar dengan saya. Sekali lagi saya panik. Dia bernasib baik kerana saya telah selitkan kaki saya dicelahan batu sebagai 'stopper'. Saya marah dan maki dia. Dia menjawab "Aku tengok kau macam best je main gelongsor" . Perkara dah pun berlaku, saya hanya mampu redo.Kami berdua meminta rakan yang lain untuk membantu kami untuk berdiri kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang licin.






 Kami bercadang untuk balik selepas apa yang berlaku. Tamat


Comments

Popular posts from this blog

Worst event that I ever experienced

The Best Event I Participated