Worst ever that i ever handled


Pada tahun 2023, saya dan rakan sekelah saya diminta untuk menganjurkan satu program yang melibatkan semua rakan sekelas saya.  Program yang kami sekelah anjurkan itu adalah dibawah mata pelajaran ALTIS. Program ini bertujuan untuk menambah markah didalam mata pelajaran ALTIS untuk peperiksaan semester.


Kami sekelas berbincang untuk mengadakan perkemahan di Gua Tempurung , Gopeng, Perak. Kami suah berbincang untuk mengadakan perkemahan tersebut selama 3 hari 2  malam bermula pada 17 hingga 19 mac 2023. Kami membuat persiapan yang lengkap seminggu sebelum kami bertolak ke Gopeng untuk perkemahan kami. 

Antara persiapan yang kami lakukan adalah dengan mengadakan mesyuarat bersama semua ahli kelas untuk mengadakan program ini dengan jayanya. Kami juga membahagi tugas mengikut kesesuaian rakan sekelah kami seperti mencari barang perkhemahan, mencari barang basah untuk melalakuan barbeku, mencari bas untuk pergi dan pulang dan sebagainya. 

Antara akiviti yang kami ingin lakukan semasa kami di Gopeng adalah perkhemahan, memasuki Gua Tempurung, mandi-manda di Air Terjun Sungai Klah, berjalan-jalan, dan sebagainya. Kami juga telah mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan serta mencari pengiring untuk aktiviti kami ini. Tada tangan juga kami telah dapatkan sebagai pengesahan utnuk kami melakukan program aktiviti luar. 

Namun itu semua hanyalah perancangan apabila ada seorang kakitangan HSSE iaitu kakitangan keselamatan masuk campur dalam program yang kami anjurkan ini. Beliau secara tiba-tiba menghalang kami untuk pergi ke Gopeng kerana beliau membincangkan isu keselamatan pelajar-pelajar. Beliau mengatan bas yang kami naiki tidak mempunyai tali pinggang keselamatan. Selain itu, beliau juga mengatakan tempat yang kami ingin pergi itu perlukan diselidik dahulu dan memastikan tempat itu betul-betul selamat dan bersih untuk semua pelajar. 

Dan akhirnya perancangan untuk kami pergi ke Gopeng itu hanyalah angan-angan kami sahaja kerana ia gagal. kami terpaksa menangguh perancangan itu pada masa yang sesuai dan jika kami inginpergi ke Gopeng juga. Kami perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh HSSE supaya keselamatan kami terjamin. kami sekelas amat sedih dan hampa kerana tidak dapat menjayakan program kami ke Gopeng untuk masuk ke Gua tempurung dan sebagainya. Dan itulah pengalaman buruk saya dalam mengendalikan program.

Comments

Popular posts from this blog

THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

Worst event that I ever experienced

Best event that i have experienced