WORST EVENT THAT I EVER EXPERIENCED



Menjadi adat untuk setiap institusi pengajian rendah atau tinggi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya telah mengambil bahagian untuk menjadi salah seorang ahli jawatan kuasa untuk mengendalikan majlis Sambutan Hari Raya di institut pengajian saya pada tahun lepas. Dewan tertutup telah menjadi pilihan tempat untuk mengadakan majlis tersebut. Ianya bukan la satu pengalaman yang begitu baik untuk diceritakan namun tidaklah begitu buruk.  Peristiwa ini cukup memberi pengajaran kepada saya. 

         

Saya telah dipilih menjadi ketua ajk dalam bahagian hiasan. Antara tugas saya ialah menghias seluruh bahagian dewan, susunan meja dan kerusi untuk tetamu, membuat “booth” di luar dewan dan membuat hiasan “entrance”. Pada mulanya saya menyangkakan tugas ini adalah tugas yang mudah dah tidak begitu rumit. Masalah bermula ketika barang  hiasan tidak mencukupi. Sebelum memulakan tugas, sudah semestianya saya telah merancang beberapa hiasan yang ingin dilaksana. Pihak insitut telah menyediakan peruntukan sebanyak rm200 untuk barangan hiasanan. Dengan nilai modal yang tidal begitu banyak, hiasan yang bakal dibuat juga terhad. Masalah tidak terhenti disitu apabila barang yang disenaraikan tidak semuanya dapat dibeli. Masalah dapat dikurangkan dengan munggunakan barang barang hiasan terpakai yang lepas. 

           

Seterusnya, tempoh menyiapkan majlis juga menjadi masalah bagi saya. Seminggu telah diberi sebagai tempoh persiapan sebelum majlis diadakan. Tetapi hiasan dewan boleh dimulakan lima hari sebelum majlis akibat dewan digunakan untuk peperiksaan. Tempoh yang singkat ini membuatkan saya tidak menguruskan perancangan dengan sebaiknya. Susunan meja dan kerusi dibuat 4 hari sebelum majlis diadakan. Walaupun saya telah diberi sekumpulan pelajar untuk membantu saya, namun masalah tetap berlaku kerana kurang kerjasama daripada mereka. Segala persiapan boleh dilakukan selepas waktu pengajian, namun kumpulan saya gagal mengatur masa mereka dan lewat untuk melakukan tugas. Hanya segelintir sahaja yang hadir dan memberi sepenuh kerjasama. Saya terpaksa meminta bantuan ajk lain dan pelajar lain untuk membantu menyusun meja dan kerusi.

 

Selain daripada itu, masalah muncul apabila “booth” yang disiapkan tidak menarik perhatian atau erti kata lain kurang kreatif. Walhal telah memilih idea hiasan daripada internet, disebabkan kekurangan barangan booth jadi tidak begitu menarik. Barang terpakai yang ada juga tidak begitu membantu kami. Booth yang disiapkan kelihatan begitu ringkas. Hiasan untuk booth juga telah diambil sebahagiannya untuk membuat hiasan “entrance”. Idea yang diberi oleh ahli kumpulan juga tidak boleh digunakan kerana kekurangan bahan.  Walau bagaimanapun, tanggungjawab telah digalas dan saya perlu laksanakan sehingga tamat. Saya telah mencuba sebaik usaha saya dan memberi kerjasama. 

Peristiwa ini telah menjadi pengajaran buat saya untuk lebih bersedia dalam menguruskan sesebuah majlis. Majlis Sambutan Hari Raya ini tetap meriah kerana para tetamu yang hadir. Mereka bersikap begitu positif dan terbuka. Pada mereka memori yang bermakna bukan hiasan.

by:MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN HERMAN DME43C 

Comments

Popular posts from this blog

THE PERSON THAT I IDOL THE MOST -written by Ahmad Firas-

Worst event that I ever experienced

Best event that i have experienced