WORST EVENT THAT I EVER HANDLED -written by Ahmad Firas-
Pada tahun
2019, sekolah saya mengadakan ‘activity week’ iaitu minggu tiada kelas. Minggu
ini khas untuk semua pelajar yang telah bertungkus lumus di dalam kelas pembelajaran
untuk melempiaskan stress dan bosan. Sebagai salah seorang ahli wakil pelajar,
kami perlu menganjurkan beberapa aktiviti. Banyak aktiviti yang berjalan dengan
jayanya dan hinggalah suatu malam yang menjadi mimpi ngeri.
Ketika program berlangsung, semuanya berjalan dengan lancar. Kami juga turut mendapat arahan supaya bebas bergerak dan tidak perlu untuk menjaga lagi kerana mereka sudah tahu laluan yang perlu dilalui. Saya seronok melihat kreativiti-kreativiti mereka dalam menghias lampu neon di badan mereka. Ada yang menjadikannya sebagai helmet, baju dan bermacam lagi. Saya dan kawan saya turut bersuka ria dan mengambil basikal (basikal anak cikgu) lalu mengayuh pusing satu sekolah. Ketika seronok dengan aktiviti itu, tiba-tiba fon saya berdering. Jam menunjukkan jam 10:00 malam. Pada awalnya saya berandaian kami perlu berkumpul semula tetapi program tidak sampai sejam berjalan. Saya pon angkat panggilan itu dan “Firas, ada budak kena rasuk”.
Saya diam seketika, nak pula saya seorang badan
dakwah maka sayalah yang bertanggungjawab jika hal-hal sebegini terjadi. Saya
tidak berfikir panjang dan terus mencari warden yang juga seorang ustaz. Saya
mengetuk pintu rumahnya hinggalah pintu dibuka. Saya melaporkan kepadanya dan
ustaz meminta saya mengumpulkan semua pelajar di dalam surau. Tibanya saya
disurau, pelajar tersebut telah dihantar ke bilik warden. Saya bertemankan
kawan saya yang tinggi ilmunya tentang perkara-perkara sebegini pergi ke bilik
warden. Masuknya pintu bilik warden, nampak seorang pelajar wanita duduk di
kerusi berhadapan ustaz. Saya menjadi saksi perkara-perkara yang berlaku pada
malam itu dan akhirnya semua kembali reda.
Keluarnya saya dari bilik warden, jam telah
menunjukkan jam 2:00 pagi. Dengan badan yang letih dan lesu, saya pulang ke
asrama. Malang tidak berbau yang paling teruk saya alami. Betullah yang
dikatakan orang, jangan terlalu suka nanti derita. Pada malam itu saya amat
mendalami maksud ayat itu. Pada esoknya, saya demam tanpa selsema hanya badan
terasa lesu. Seminggu selepas kejadian, kawan saya yang tinggi ilmunya itu
memberitahu, saya bukan demam biasa, ada benda yang menumpang. Inilah program
yang paling diingati yang membuatkan saya tidak mahu lagi menyertai mana-mana
wakil pelajar yang menguruskan program mahupun majlis.
Comments
Post a Comment